Himpunan Black505 gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka
(Kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan)
Gelombang #Black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihan raya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.
#Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #Black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:
21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka
Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh KEADILAN.
Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.
Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #Black505 ini.
Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).
Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #Black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.
Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan.
Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #Black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihan raya dan sokongan kepada reformasi pilihan raya yang perlu diadakan segera.
Malaysians do not want Anwar to retire, poll results wrong
I refer to a poll published on 16th May which claims that 81 per cent of Malaysians want Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to quit politics. This poll result is completely contradicted by the massive ground support Anwar Ibrahim has been receiving throughout the country since he announced that he would not accept the fraudulent GE results and would fight on to take Putrajaya. This support can clearly be seen in the massive crowds of hundreds of thousands who have come out to greet Anwar at the ongoing rallies across the nation. On social media, in the streets and at public rallies, the majority of the people are united in wanting Anwar to carry on until the job is done.
GE13: You can rule Malaysia with only 17% of the popular vote
It's been more than a week since Malaysia's historic elections ended, and Malaysians are still feeling emotional about it. Some were relieved that the country went through its electoral processes peacefully, while some were angry with the results tabulated in the early hours of May 6. Some even questioned the way the Elections were carried out in the country.
We discovered on Facebook that many users had taken the trouble to tabulate the results of GE13 to learn for themselves, as well as share with others, about what happened on May 5. The terms blackout and phantom voters literally haunted the pages of social networks for days. But one term that was frequently brought up, was gerrymandering, a term used to describe an electoral practice of delineating electoral seats to favour certain parties.
Pakatan usul Konvensyen Perpaduan Nasional tepis perkauman BN
(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 14 MEI: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengusulkan agar Konvensyen Perpaduan Nasional diadakan bagi membincangkan isu perpaduan kaum.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu timbul ekoran situasi selepas pilihan raya yang jelas menunjukkan permainan politik perkauman oleh kerajaan BN dan media kawalan mereka.
“Kita melihat suasana selepas pilihan raya, BN tidak pernah belajar dan keluar dari sentimen politik perkauman,” katanya.
“Oleh itu kita mencadangkan agar diadakan konvensyen untuk membincangkan formula perpaduan yang lebih tulen,” kata Saifuddin pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, petang ini.
Menurutnya, Pakatan juga mengajak pemimpin BN supaya menyertai konvensyen itu nanti.
“Kita dari Pakatan mengalu-alukan kebersamaan pemimpin yang boleh diterima rakyat dari BN”.
Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat Majlis Presiden yang akan bermesyuarat esok.
Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali; Setiausaha Kelola DAP, Anthony Loke dan Timbalan Penerangan DAP, Zairil Khir Johari.
Khalid angkat sumpah MB S’ngor, ikrar ganda usaha untuk rakyat
KLANG 14 MEI: Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, di sini.
Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri istana itu kira-kira jam 10.10 minit pagi.
Khalid selepas itu menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor dan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Ibu segala tipu

Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.
Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal kalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.
Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.
Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,
sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.
Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.
Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.
Sasterawan Negara
A Samad Said,
Himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’,
Kelana Jaya,
8 Mei 2013
Indians, too, backed Pakatan in GE13
ANALYSIS In the recently concluded GE13, we have witnessed quite an obvious trend of the Chinese predominantly voting for the federal opposition Pakatan Rakyat. The Malays on the other hand had been generally supportive of the ruling coalition Barisan Nasional (BN), barring a few states like Selangor, Kelantan and Terengganu.
There has been very little mentioned about the Indian voting trend. Therefore this article is intended to shed some light into how the Indians voted, taking into account the local demographics of the various constituencies.
KEADILAN terima 237 laporan penipuan p’raya libat 27 Parlimen
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 MEI: 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.
“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
Anwar vows never to surrender until GE13 results validated
BY CLARA CHOOI, ASSISTANT NEWS EDITOR, MAY 13, 2013
KUALA LUMPUR, May 13 — Datuk Seri Anwar Ibrahim vowed last night never to surrender Pakatan Rakyat’s (PR) fight to ensure the pact claims its rightful place in Putrajaya, maintaining his stance that Barisan Nasional (BN) had cheated its way to victory on May 5.
The de facto PR leader, looking energetic and full of gumption as he addressed thousands of black-clad supporters at PR’s third post-Election 2013 rally in Ipoh, acknowledged that it has been a week since the polls results were formally announced.
Himpunan ‘Black505′ diteruskan di P Pinang, Perak, Pahang & Johor
(Kenyataan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli)
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul.
Perhimpunan #Black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihan raya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih 100,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.
KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Oleh itu, gelombang #Black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara.
Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:
Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa simbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
KEADILAN telah menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya akibat penipuan berleluasa.
Satu pasukan Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) diketuai oleh saya sendiri yang bertanggungjawab mengumpul semua bukti untuk dibawa ke pengetahuan umum agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.
Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN.
Buat masa ini, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pasukan kedua diketuai oleh Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang bertanggungjawab menguruskan gelombang #Black505 di seluruh negara.
More Articles...
- Himpunan Kesyukuran Petaling Jaya
- Help us to build momentum for this movement
- Malaysia's Anwar calls for nationwide protest tour
- 'Black Saturday' declared every week to mourn death of democracy
- PKR: Ignore malicious SMS, attend rally tonight
- Politik perkauman: Pihak berkuasa diminta laksana tanggungjawab
- Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008
- Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu
- Interest to join Pakatan
- EC reports record 80pct turnout of voters
