Pakatan Rakyat laksana sistem 'proportional' jika tadbir kerajaan pusat

 


KUALA LUMPUR - Sistem pilihan raya  di negara perlu ditukar kepada sistem 'proportional' bagi memastikan sistem pilihan raya negara berjalan secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding.- Sinar Harian Online

 

Demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam satu seminar Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini semalam.

Kata Mustafa cadangkan ini kepada kerajaan bila kita berkuasa.

"Kita akan tukar sistem ini 'proportional representation' untuk berlaku adil kepada kedua-dua parti," katanya

Menurut Mustafa, pelaksanaan sistem 'proportional' antaranya akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

"Ini kerana mereka tahu apabila dilaksanakan 'proportional representation', maka setiap undi akan dikira," katanya.

Bahkan jika sistem tersebut dilaksanakan, peranan 30 peratus  golongan wanita dalam bersama-sama menggubal dasar negara juga dapat direalisasikan.

Malaysia kini menggunakan sistem majoriti mudah.- Sinar Harian-/WNWY

Additional information